Pengenalan SelSDeaf

Latar Belakang

Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Selangor atau ringkasannya, SelSDeaf merupakan salah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan organisasi bantu diri (self-help) yang diberikan mandat untuk mewakili pembangunan kesukanan warga Pekak di negeri Selangor Darul Ehsan.

Pucuk kepimpinan SelSDeaf diterajui oleh majoriti warga Pekak yang merupakan warga pekak Selangor dan mempunyai komitmen terhadap segala usaha ke arah meningkatkan kualiti kesukanan komuniti warga Pekak dalam segala aspek.

Lambang SelSDeaf

Logo Persatuan ini terdiri daripada sepasang tangan dan perkataan SelSDeaf

1. Sepasang tangan
a) Kedua-dua belah tangan berada dalam keadaan genggaman yang dicantumkan, iaitu tangan kanan diletakkan pada tapak tangan kiri.
b) Kedua-dua belah tangan di atas latar belakang bendera Selangor Darul Ehsan.
c) Membentuk identiti sukan Pekak dalam Bahasa Isyarat Malaysia.

2. Perkataan SelSDeaf
a) Terletak di bawah sepasang tangan. b) Merujuk kepada gabungan huruf SelSDeaf, iaitu "SELANGOR","Sports" dan "Deaf People"yang bermakna ""Sports of the Deaf in SELANGOR".
c) Keseluruhan logo ini membawa maksud penglibatan dan penyatuan warga Pekak dalam bidang sukan.

3. Maksud Logo
a) Helang - Kekuatan spesies helang putih yang hidup di Kuala Selangor serta berkebolehan terbang tinggi lalu menyambar sasaran dengan tangkas.
b) Sayap Putih - Mengandungi 9 bulu yang melambangkan perpaduan Pekak di 9 daerah di negeri Selangor.
c) Belang Kuning (dada helang) - kebangkitan semangat kesukanan untuk mengejar kejayaan dan kemenangan
d) Merah Kuning - Kombinasi warna mewakili negeri Selangor Darul Ehsan dan melambangkan gabungan keberanian dan keyakinan dalam diri atlet Pekak.
e) Bulan Sabit dan Bintang Putih - Melambangkan azam yang tinggi untuk mengharumkan nama Selangor sebagai kuasa sukan Pekak yang disegani.

Objektif SelSDeaf

i) Mengantarabangsakan atlet-atlet pekak Selangor.

ii) Menyatupadukan warga Pekak ke arah pembangunan sosio-ekonomi dan kebajikan melalui mengadakan rekreasi sukan.

iii) Memupuk minat orang muda pekak terhadap pelbagai jenis sukan bagi mengelakkannya daripada melakukan perkara tidak baik.

iv) Menganjurkan aktiviti sosial, sukan dan rekreasi peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.

v) Mengadakan klinik sukan untuk pelajar-pelajar pekak di seluruh Selangor.

vi) Menyokong dan membantu warga Pekak supaya dapat diintegrasikan dalam masyarakat untuk bersedia menghadapi cabaran semasa.

vii) Sebagai perantara dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang ingin membantu untuk menjayakan matlamat-matlamat di atas.

JAWATANKUASA SESI 2020 - 2022