Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Selangor(SelSDeaf) ke 6, 2020 telah diadakan di Dewan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) pada 13 September 2020 (Ahad) jam 2:00 hingga 5 petang.
YBrs En Aqlam bin Jafri wakil Presiden SelSdeaf memberi kata aluan supaya semua ahli SelSdeaf terus komitmen tinggi buat latihan dengan korban masa dan wang bagi mewakili SelSDeaf dan Selangor ke mana2 kejohanan sukan di peringkat Kebangsaan dan Sedunia serta berjaya mengharumkan nama SelSdeaf dan Selangor. Terima kasih kepada pihak Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) telah menghulurkan kerjsama dengan SelSDeaf menganjurkan program kejohanan badminton peringkat kebangsaan tahun lepas dan juga memilih pemain SelSDeaf bagi mewakili Malaysia ke kejohanan sukan di peringkat Sedunia.
YBrs En Ong Shin Ruenn, Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) dijemput untuk memberi ucapan perasmian. Dalam ucapan tersebut, beliau menerangkan mengenai Akta Pembangunan Sukan 1997 termasuk kejohanan sukan orang Pekak di peringkat kebangsaan dan sedunia. Contoh SOPMA, APSDC dan Deaflympics. Majlis Sukan Negara bertanggungjawab menguruskan atlet2 terpilih selepas menyertai kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dengan cemerlang untuk menyertai latihan sukan sebelum dilayakkan menyertai kejohanan sukan di peringkat Sedunia bagi wakil Malaysia.
Di antara agenda AGM SelSDeaf ke 6 ialah minit mesyuarat AGM SelSDeaf ke 5, 2019; Laporan Setiausaha dan Laporan Bendahari.
Akhirnya Puan Vinci Soon Yeok Voon dilantik sebagai Presiden SelSDeaf baharu bagi sesi 2020 hingga 2022.
Tahniah kepada Jawatankuasa Induk SelSDeaf bagi sesi 2020 hingga 2022. Semoga mereka menjalankan tugas baharu dengan amanah.
SELANGOR BOLEH.
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Selangor(SelSDeaf) ke 6, 2020
-
13 September 2020
-
By admin