Majlis Penyampaian Insentif kepada pemenang pingat

  • 10.2.2020

  • By admin

Majlis Penyampaian Insentif kepada pemenang pingat Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) ke 20 2018 Ipoh telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Shah Alam, Selangor pada 10.2.2020 jam 9 pagi hingga 11 pagi disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif MSNS YBrs. Tuan Adi Faizal Ahmad Tramizi.
YBrs. Tuan Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Sukan dan Belia Negeri Selangor dan YBrs. Tuan Sarkunan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Selangor (SelSDeaf) turut hadir bersama.
Exco SelSDeaf, Pn. Khairunissa Kho (jurubahasa isyarat), 23 orang penerima intensif dan petugas media TV1 dan TV Selangor juga telah menghadiri majlis ini.
23 orang pemenang dalam acara futsal, tenpin boling, badminton dan olahraga.
Pengarah Eksekutif dan Pengarah Sukan dan Belia Negeri Selangor menyampaikan intensif kepada penerima Insentif.
Pihak SelSDeaf telah menjayakan majlis tersebut dan hadiah insentif dari tabung SelSDeaf
Semoga Insentif ini akan membakar semangat bakal kontinjen Selangor ke SOPMA ke 21, 2020 Johor Bahru yang akan diadakan pada 21 hingga 27 Jun 2020.